25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Derita tiga tahun, dirogol ayah tiri sejak usia 11 tahun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang penjawat awam di Kota Bharu, Kelantan direman selama enam hari untuk membantu siasatan kes rogol membabitkan anak tirinya, yang dipercayai berlaku sejak tiga tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 38 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret di sini, Rusli Ahmad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, lelaki itu ditahan di rumahnya di Kota Bharu, pada 5.30 petang semalam.

Beliau berkata, penahanan itu susulan laporan polis dibuat mangsa berusia 14 tahun yang mendakwa dirogol bapa tirinya sejak usianya 11 tahun dan kejadian terakhir pada 8 pagi kelmarin.

“Mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya sebelum dia tampil membuat laporan polis bersama ibu kandungnya.

Advertisements

“Gadis itu tinggal bersama ibu dan bapa tirinya sejak 2014. Mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika ibunya tiada di rumah apabila suspek masuk ke dalam bilik tidurnya.

“Menurut mangsa, dia dirogol bapa tirinya sejak berusia 11 tahun dan mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa kerana takut dengan ugutan suspek,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, pemeriksaan pegawai perubatan terdapat kesan kejadian baru dan lama pada kemaluan mangsa.

Katanya, hasil siasatan awal, suspek mengaku merogol anak tirinya dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan