29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Seleweng dana, 4 pegawai kanan GLC ditahan SPRM Kedah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan tiga pegawai kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama negara kerana disyaki terbabit penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM2.2 juta.

Memetik laporan BH Online sumber berkata, empat pegawai berusia antara 49 hingga 58 tahun terbabit ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah di sini, petang tadi.

Jelasnya, empat pegawai kanan berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan kedudukan bagi menyeleweng dana milik syarikat antara tahun 2016 sehingga 2019.

“Siasatan awal mendapati CEO bersama tiga lagi pegawai kanan syarikat terbabit menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dengan menyalurkan sejumlah dana syarikat yang dianggar bernilai RM2.2 juta ke dalam dua syarikat.

Advertisements

“Kesemua suspek disyaki mempunyai kepentingan dalam dua syarikat berkenaan. Berikutan itu, mereka ditahan antara jam 3.45 petang hingga 4.15 petang tadi selepas hadir memberi keterangan,” katanya hari ini.

Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pagi esok, bagi permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan