31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Spritzer sumbang 30,000 botol air mineral kepada mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Pengeluar air mineral semulajadi terkemuka, Spritzer menyumbang 30,000 botol air mineral kepada mangsa banjir kilat di Utara Semenanjung.

Spritzer kali ini menyampaikan sumbangan dengan menghantar air botol kepada mangsa banjir kilat yang memerlukan sumber air minuman bersih dan selamat berikutan hujan lebat, baru-baru ini.

Spritzer dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, lebih daripada 30,000 botor air mineral semula jadi telah dihantar kepada mangsa banjir Gurun dan Yan di Kedah dan Alor Pongsu di Perak yang mana kediaman mereka telah rosak akibat banjir, dengan sebilangan penduduk di kawasan terbabit telah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir.

“Kami mengambil inisiatif ini dengan membekal dan menyumbangkan air minuman bersih untuk petugas penyelamat, terutama di kawasan yang terjejas teruk akibat dilanda banjir kilat, selain itu mangsa tidak mempunyai akses kepada air minuman yang penting untuk hidrasi dan bagi memastikan kebersihan diri sepanjang masa”, katanya.

Sumbangan botol air mineral kepada mangsa banjir

Spritzer memperolehi sumber air mineral yang kaya dengan silikon daripada persekitaran yang selamat di Taiping, Perak dengan dikeliling oleh hutan hujan tropikal yang berusia lebih daripada 200 juta tahun.

Air mineral yang kaya dengan silikon juga telah didapati bermanfaat untuk kesihatan dan membantu mengurangkan atau melupuskan toksin aluminium di dalam badan.- Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan