Oleh COLLINS CHONG YEW KEAT
DONALD J. Trump memenangi Pilihan Raya Presiden dengan kemenangan suara rakyat Amerika dalam mesej jelas bahawa rakyat negara itu menolak polisi dan rekod kepimpinan Joe Biden-Kamala Harris.
Prestasinya lebih baik berbanding tahun 2016 dan 2020, serta berjaya menyapu bersih swing states memenangi semua negeri Nevada, Arizona, Michigan, Wisconsin, Pennsylvania, North Carolina dan Georgia.
Faktor kekalahan Harris adalah berangkai, dari kelemahan beliau dan rekod Demokrat sendiri dan legasi Biden sehingga kepada kekuatan Trump dan MAGA movement sejak dahulu.
Strategi dan percaturan yang salah di pihak Demokrat dan Harris sendiri juga menjadi punca kepada pencapaian the new red wave kali ini.
Demokrat memberi amaran bahawa Trump dan MAGA merupakan ancaman terbesar kepada demokrasi.
Kini, mereka perlu menerima kebenaran dan hakikat: Trump movement walaupun banyak dikritik, adalah cerminan demokrasi yang kuat dan rakyat Amerika telah bersuara.
Gelombang merah dan kemenangan Trump menandakan kebangkitan politik terbesar dalam sejarah, melambangkan harapan baharu untuk kedamaian dunia dan pengakhiran konflik global seperti yang dijanjikannya.
Ini menunjukkan bahawa walaupun berbilion dolar dibelanjakan oleh pihak Demokrat dalam iklan sokongan pilihan raya dan sokongan selebriti terkemuka untuk Kamala, serta serangan peribadi terhadap Trump, political with hunt yang berlarutan selama sembilan tahun, dua cubaan pembunuhan, dua impeachments, dan 91 tuduhan yang dibawa, Trump tetap berdiri teguh dengan keyakinan dan semangatnya untuk mencipta gelombang perubahan baharu bagi rakyat Amerika dan dunia.
Rakyat Amerika melihat halangan sistemik yang diletakkan untuk menghalang Trump sebagai rintangan sistemik yang dibentuk oleh golongan kiri dan Demokrat dan golongan establishment untuk menyekat penyokong dan momentum MAGA.
Trump memenangi lebih banyak undi daripada kumpulan demografi utama berbanding sebelumnya, termasuk warga Hispanic Amerika dan pengundi muda, berbanding Harris yang lebih lemah daripada Biden dalam kalangan wanita, pengundi bandar, pengundi muda, dan Hispanic.
Pendekatan Kamala untuk pengundi muda dan Gen Z tidak menghasilkan sokongan yang diharapkan, walaupun dengan langkah pemansuhan hutang pendidikan.
Tamparan Hebat Bagi Harris dan Demokrat
Keputusan pilihan raya menunjukkan kegagalan besar bagi Harris, kerana beliau gagal mengasingkan diri daripada bayangan Biden, dan tidak mampu meyakinkan pengundi bahawa beliau adalah calon yang boleh membawa pembaharuan dan pendekatan yang berbeza dengan Biden.
Harris juga tidak berupaya untuk membuat perubahan dan pendekatan perbezaan yang jelas dari empat tahun terakhir di bawah Biden walaupun pengundi telah lama menyuarakan keinginan untuk Harris untuk keluar dari kepompong polisi liberal.
Bayangan kegagalan ekonomi dan inflasi yang mencengkam kehidupan harian rakyat biasa, hala tuju masa depan negara yang dibentuk berdasarkan trajektori yang salah dan tidak disukai, serta isu utama keselamatan sempadan yang telah menyaksikan kemasukan haram besar-besaran pendatang asing tanpa izin yang telah mencetus kegusaran dan melonjak angka jenayah yang mengancam keselamatan rakyat Amerika, menjadi faktor kepada kegagalan demografik utama rakyat Amerika untuk mempercayai Harris akan menjadi penyelamat mereka.
Beliau juga gagal mengenal pasti cara khusus bagaimana mesej dan kepimpinan baharunya akan berbeza daripada Biden yang telah lama dikecam sebagai lemah dan tidak mementingkan kepentingan rakyat Amerika tempatan, sebaliknya berfokus kepada “beban demokrasi dunia” dengan dasar globalis yang mementingkan negara luar dan terus membiarkan krisis keselamatan sempadan Amerika.
Dengan menumpukan pada isu yang tidak genting kepada rakyat, termasuk berfokus kepada masa depan demokrasi dan abortion atau hak pengguguran sebagai isu kempen utama, Harris gagal untuk berhubung rapat dengan sentimen rakyat biasa, dan tidak selari dengan keresahan rakyat dan isu-isu sebenar yang mendominasi walaupun dalam kalangan pengundi Demokrat, yang lebih tertumpu pada keselamatan dan ekonomi.
Walaupun pilihan raya ini boleh menjadi platform untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pembatalan Roe v Wade dalam isu hak pengguguran di mana demografik pengundi wanita boleh dengan sebahagian besar keluar menyokong Harris, ini tidak berlaku dan Harris mendapat peratusan undi wanita yang lebih rendah berbanding Biden pada 2020.
Pengundi wanita lebih mengutamakan isu teras ekonomi dan keselamatan peribadi, dan mereka selari dengan seruan Trump untuk kawalan keselamatan sempadan dan pemulihan ekonomi, dan bukan lagi kembali kepada polisi tanpa sempadan di bawah Biden-Harris yang telah menyaksikan krisis sosial dan keselamatan yang meruncing.
Seperti yang dikatakan oleh Bernie Sanders selepas keputusan pilihan raya tersebut, Parti Demokrat telah mengabaikan golongan pekerja dan kepentingan mereka.
Parti itu mengabaikan kelas pekerja, dan kini, mengabaikan golongan Hispanik dan African Americans juga, walaupun kumpulan demografi ini telah lama menjadi lubuk sokongan utama kepada parti Demokrat.
Sementara kepimpinan Demokrat tekad mempertahankan status quo, rakyat Amerika marah dan inginkan perubahan.
Sebanyak 60 peratus rakyat Amerika hidup dalam kesukaran pendapatan (living paycheck to paycheck), yang semakin terjejas oleh inflasi yang melambung tinggi. Kini, Trump dianggap sebagai juara kelas pekerja.
Faktor Trump dan fokusnya pada isu-isu asas utama yang selari dengan kebimbangan dan kepentingan utama rakyat Amerika adalah faktor terbesar yang membezakannya dengan Harris, yang terus menggunakan strategi yang dilihat sebagai lapuk iaitu menggambarkan pilihan raya sebagai pilihan antara norma kesopanan dan integriti di bawah Harris atau kekacauan dan keruntuhan akhlak moral di bawah Trump.
Rakyat Amerika telah lama sedar tentang retorik ini yang cuba dimainkan, dan kini memberikan mesej jelas kepada Harris bahawa ianya tidak berkesan.
Fokus Harris adalah pada isu pengguguran dan keadaan demokrasi, sementara Trump menyentuh keresahan rakyat dengan prestasi ekonomi, keselamatan sempadan, dan keselamatan peribadi mereka.
Akhirnya, keputusan pilihan raya bermakna rakyat menolak secara langsung dasar-dasar dan prestasi Demokrat serta pentadbiran Biden-Harris, setelah mengalami empat tahun ketidakcekapan dan hala tuju yang salah, dan mereka inginkan perubahan dengan kebergantungan yang dikenal pasti pada rekod prestasi Trump dalam menyelamatkan Amerika.
Kemenangan dalam merebut kembali Senat dan Trump meraih undi popular, menjadi Republikan pertama dalam dua dekad yang melakukannya, juga menunjukkan bahawa para pengkaji pendapat (pollsters) dan semua tinjauan yang mendakwa perlumbaan ini sebagai sengit, sekali lagi kehilangan kredibiliti dan kerelevanan mereka, seperti situasi sama pada tahun 2016.
Hampir kesemua tinjauan dan anggaran pendapat terbukti silap, dan Trump sekali lagi membuktikan bagaimana beliau percaya kepada dasar instinct beliau yang tepat dalam memahami keinginan dan keresahan rakyat Amerika itu sendiri.
Exit polls menunjukkan bahawa “ancaman terhadap demokrasi” adalah isu utama, dan media arus perdana yang secara tradisinya condong ke arah liberal dan mesra Demokrat, menganggap itu bermaksud undi untuk Kamala.
Apa yang terjadi adalah sebaliknya. Pengundi menolak cengkaman establishment dan ketidakjujuran, dan polisi berat sebelah oleh golongan liberal di Amerika.
Faktor Gender, Peribadi dan Isu Gaza
Harris dengan imej wanita berkulit hitam, ibu bapa imigran yang datang ke AS dan memperjuangkan hak wanita, masih belum cukup untuk memenangi undi rakyat.
Adakah ini bermakna rakyat AS masih percaya, seorang calon lelaki, berkulit putih lebih layak menjadi Presiden?
Rakyat Amerika tidak meletakkan kepentingan khusus pada peranan jantina; sebaliknya, mereka mahukan dasar yang jelas dan terbukti serta arah yang kukuh yang boleh menangani isu-isu utama yang mereka hadapi terutamanya dasar keselamatan sempadan, keselamatan peribadi, dasar ekonomi, dan fokus yang adil kepada kepentingan rakyat Amerika terlebih dahulu.
Mereka melihat woke agenda Demokrat dan keutamaan yang salah pada isu-isu globalisme, agenda hijau, dan keutamaan woke sebagai polisi membawa hala tuju negara ke arah yang salah.
Oleh itu, walaupun dengan tarikan menggunakan gender card untuk mendapatkan undi wanita dan undi minoriti, majoriti demografi lebih tertumpu pada isu-isu asas yang penting kepada mereka iaitu keselamatan nasional dan pembaharuan ekonomi dan kos sara hidup.
Clinton menggunakan gender card dan woman factor ini sebagai faktor utama dalam kempen untuk mendapatkan sokongan daripada kumpulan demografi ini pada 2016, dan ia berakhir buruk untuknya dan kempennya.
Harris menyedari kesilapan itu dan tidak mengulanginya, tetapi agenda partinya yang salah dan fokus yang salah terhadap apa yang dianggap sebagai keprihatinan sebenar rakyat Amerika membuatkan beliau kalah dalam pilihan raya kali ini, bukan kerana statusnya sebagai seorang wanita.
Selepas dua percubaan calon wanita (Hillary Clinton dan Harris) untuk merebut jawatan presiden gagal, ini tidak bermaksud peluang untuk melihat wanita presiden pertama Amerika akan tertutup.
Peluang ini masih terbuka luas, dengan syarat agenda dasar utama dan keyakinan terhadap hala tuju Amerika tetap kukuh dipamerkan oleh calon presiden tersebut.
Buat masa ini, suara rakyat Amerika adalah jelas, bahawa mereka mahukan pendekatan yang kuat, berasaskan prinsip common sense approach dan konservatif dalam hala tuju negara, dengan sempadan yang kukuh, menyelesaikan isu imigran, menghentikan jenayah dan fentanyl daripada merosakkan masyarakat, memperbaiki ekonomi.
Selain itu mereka mahu membetulkan ketidakadilan selama beberapa dekad dalam sistem perdagangan Amerika di mana ia dieksploitasi oleh negara-negara lain, membetulkan kesan negatif daripada menanggung beban untuk membayar keselamatan dan keamanan global selama beberapa dekad.
Mereka juga mahu menghentikan woke agenda yang tidak berkesan dan berbahaya serta impak far left policies dan green agenda yang mereka bimbang akan terus mengheret Amerika ke kancah kemunduran dan membantut kualiti hidup.
Jika calon wanita boleh mempunyai keyakinan dan dorongan yang kuat seperti Trump dalam isu-isu teras ini, sama ada seorang Republikan atau calon Demokrat yang lebih bersifat tengah dan bukan calon kiri jauh seperti yang dilihat pada Harris kini, kemungkinan Presiden wanita tidak mustahil.
Melainkan Trump 2.0 gagal dengan teruk, peluang Demokrat untuk merebut semula Rumah Putih pada tahun 2028 sama ada oleh Harris lagi atau calon wanita lain adalah tipis.
Namun, peluang calon wanita Republikan pada 2028 dan presiden berikutnya akan kelihatan cerah jika prestasi Trump berjaya seperti yang dijangkakan dan cara beliau mengubah pandangan Republikan terhadap pencalonan wanita dan sokongannya.
Harris tewas di Michigan antaranya disebabkan undi protes berikutan peranan pentadbiran Joe-Biden-Harris dalam isu keganasan Israel di Gaza.
Ini juga memainkan peranan sebagai salah satu faktor utama, dilihat bukan sahaja di Michigan tetapi di seluruh negara dengan sokongan asas tradisional untuk Demokrat yang semakin berkurangan, di mana kumpulan demografi ini gusar dan marah dengan hubungan rapat dan sokongan tinggi yang diberikan kepada Netanyahu dan rejimnya dalam peperangan di Gaza serta tiada pengakhiran nyata terhadap konflik tersebut di bawah pemerintahan Biden-Harris.
Dalam banyak perhimpunan bersama penyokong semasa kempen Harris, protes telah tercetus berikutan kegagalan Biden-Harris dalam menguruskan krisis Gaza dan ini tentunya merupakan faktor besar.
Namun, Harris kalah terutamanya disebabkan faktor keseluruhan penolakan besar rakyat Amerika, bahkan dalam kalangan kumpulan minoriti terutamanya Hispanic, pengundi muda, dan kelas pekerja, disebabkan kegagalan dasar pentadbirannya dan pendekatan yang salah, serta ketidakmampuannya untuk membezakan antara kepimpinannya yang baharu dan visi dengan Biden, di mana orang ramai sangat kecewa dengan prestasi Biden-Harris.
Rakyat dan terutamanya penyokong Trump menolak kempen dan pendekatan Demokrat yang dilihat elitis, dan mereka tidak suka dipandang rendah, dengan pelbagai panggilan nama terhadap penyokong MAGA seperti rasis, fasis, dan dipanggil sebagai garbage oleh Biden, tentunya meneningkatkan sokongan terhadap Trump kali ini.
Penulis adala Penganalisis Strategi, Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.