27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024

Speaker Johor maklum SPR kekosongan kerusi DUN Mahkota

Mesti Baca

KEKOSONGAN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, kata Speaker DUN, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, pemakluman mengenai kekosongan kerusi tersebut ekoran kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain kelmarin, untuk tindakan lanjut oleh SPR.

“Pagi ini saya telah memaklumkan kepada pihak SPR melalui hantaran faks mengenai kekosongan kerusi DUN Mahkota kerana penyandangnya Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos 2024.

“Justeru, pihak Dewan Negeri Johor menyerahkan kepada SPR untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Sharifah Azizah, 63, yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang dan Exco Wanita UMNO Malaysia meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang hari ini.

Advertisements
Allahyarham Sharifah Azizah Syed Zain

Allahyarham yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor meninggal dunia akibat pendarahan dalaman.

Beliau memenangi kerusi DUN Mahkota dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022 dengan majoriti 5,166 dalam pertembungan empat penjuru.

Dalam PRN itu, Sharifah Azizah memperoleh 16,611 undi mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Taqiuddin Cheman yang mendapat 11,445 undi.

Dua lagi calon, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) memperoleh 7,614 undi manakala Mohamed Noor Suleman (Warisan) memperoleh 555 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MoU ditawar kerajaan Perpaduan tidak berperlembagaan – Muhyiddin

PERJANJIAN persefahaman (MoU) yang ditawarkan oleh kerajaan Perpaduan jelas tidak berperlembagaan malah bertentangan dengan nilai murni yang menjadi pegangan...

Lagi Artikel Berkaitan