24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Malaysia gagal pertahan BATC, dijinakkan China 3-0

Mesti Baca

PASUKAN kebangsaan negara gagal mempertahankan trofi Badminton Berpasukan Asia (BATC) apabila dijinakkan oleh China 3-0 dalam aksi final di Setia City Convention Centre, Shah Alam sebentar tadi.

Turun tanpa kelibat tonggak perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong akibat kecederaan, nyata memudahkan perjalanan China untuk meraih kejuaraan kategori lelaki.

Satu persatu para pemain tersungkur bermula dengan Leong Jun Yang yang memikul tugas selaku perseorangan utama, tewas kepada Weng Hong Yang 21-19, 21-17.

Harapan diletakkan di bahu juara Komanwel untuk menyamakan kedudukan musnah apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersungkur di tangan beregu kurang ternama, Xie Hao Nan-Zheng Wei Han, 21-16, 16-21, 23-21.

Advertisements

Kedudukan 0-2 itu meninggalkan Eogene Ewe dalam situasi lebih mencabar dan usahanya untuk cuba menghidupkan talian hayat perjuangan tidak kesampaian apabila giliran perseorangan berusia 18 tahun dari Perak tersebut tumbang 10-21, 14-21.

Dengan keputusan itu sekali gus pasukan tuan rumah sekadar berpuas hati dengan pingat perak edisi ini.

Sebelum itu, skuad negara mendapat berita duka menjelang final BATC apabila Zii Jia dilapor mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut de gan kecederaan otot belakang.

Pada edisi 2022 lalu, Malaysia muncul juara bahagian lelaki setelah menewaskan Indonesia 3-0. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan