25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

TNB raih anugerah tertinggi di APBSP 2023

Mesti Baca

TENAGA Nasional Bhd (TNB) meraih anugerah tertinggi pada Anugerah Penarafan Bintang Sasaran Penting (APBSP) 2023 untuk dedikasi yang kukuh terhadap keselamatan negara dan peralihan tenaga.

Syarikat utiliti itu berkata, pengiktirafan anugerah tertinggi 5 bintang kepada Pusat Kawalan Muatan Kuasa Nasional (NLDC) memperlihatkan kepakaran TNB dalam memastikan operasi pembekalan elektrik yang cekap selain kawalan keselamatan yang tinggi dan cemerlang bagi memastikan aset kritikal negara kekal selamat.

“Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah di Bersia, Perak serta substesen utama TNB di Bukit Tambun, Pulau Pinang dan Chuping, Perlis, masing-masing turut diiktiraf 5 bintang dan 4 bintang dalam anugerah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

APBSP 2023 dianjurkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Baharin Din berkata, syarikat akan sentiasa memantau keselamatan aset utama di seluruh negara dengan memberi keutamaan kepada keupayaan pencegahan, pengurusan insiden dan menangani risiko keselamatan yang semakin berkembang.

Beliau berkata, NLDC memastikan keseimbangan antara pembekalan dan permintaan tenaga dengan mengekalkan pengurusan keselamatan dan perlindungan sentiasa di tahap yang tinggi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan