33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Malaysia pada kedudukan baik manfaat anjakan ekonomi dunia

Mesti Baca

MALAYSIA berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang yang timbul daripada peranjakan ekonomi global kata HSBC Bank Malaysia Bhd (HSBC Malaysia) pada Forum Perniagaan Asia HSBC baru-baru ini.

Melalui satu kenyataan, HSBC Malaysia berkata, setiap organisasi perlu bersedia bagi pertumbuhan dan pengembangan selain meningkatkan langkah untuk meningkatkan daya saing pada 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Datuk Omar Siddiq, berkata Asia terus menawarkan prospek pertumbuhan jangka panjang yang didorong oleh pelaburan langsung asing yang mampan, pengguna yang berkembang pesat serta peluang dalam industri pembuatan dan perkhidmatan yang kompleks.

Sebahagian besar pertumbuhan itu akan dijana ASEAN, yang dilihat semakin ketara dalam menghadapi beberapa trend seperti orientasi semula rantaian bekalan, pecutan pesat dalam pendigitalan termasuk usaha menangani ancaman perubahan iklim.

“Beberapa trend ini berpusat pada Malaysia, yang terus menjadi antara 25 negara perdagangan teratas dengan potensi pelaburan yang besar dan telah lama mengukuhkan dirinya sebagai destinasi utama bagi syarikat yang ingin berkembang di serantau,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong merasmikan acara perdana tahunan bank itu.

Chin Tong berkata, tiga faktor penting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia iaitu lokasi strategiknya, dorongan tenaga kerja untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana serta usaha merentasi ambang berpendapatan yang tinggi dan ketiga, fokus kepada bidang pertumbuhan yang lebih baik.

HSBC Global Research baru-baru ini menaikkan unjuran pertumbuhan untuk Malaysia kepada 4.1 peratus daripada anggaran sebelumnya iaitu sebanyak 3.8 peratus bagi 2023.

Advertisements

Bagaimanapun, ia mengekalkan unjuran 2024 pada 4.5 peratus, menyumbang hasil yang lebih baik pada suku ketiga dan peningkatan beransur-ansur dalam kitaran perdagangan.

Bank itu berkata, usaha memulihkan pelaburan swasta adalah penting untuk pertumbuhan berterusan Malaysia.

“Pelaburan langsung asing serta domestik diperlukan bagi meningkatkan eksport, menjana pekerjaan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

HSBC Malaysia berkata, untuk mencapai matlamat ini, ia memerlukan perniagaan di negara ini membuat pelaburan yang besar dalam pengembangan.

Selain meningkatkan kesalinghubungan untuk mengukuhkan hubungan dengan rakan dagangan lain dan mengejar lebih banyak peluang.

“Syarikat harus mempertimbangkan usaha bagi melabur dalam teknologi tambah nilai yang tinggi seperti kecerdasan buatan, analisis data besar dan robotik.

“Pada masa yang sama, ia juga penting kepada syarikat untuk mencipta semula tenaga kerja mereka,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan