Wednesday, July 22, 2026

UOA, Capitaland bangun projek kediaman RM1.15b di Vietnam

Mesti Baca

UNITED Overseas Australia (UOA) yang berpangkalan di Malaysia menerusi unitnya, UOA Vietnam BDC memeterai perjanjian usaha sama dengan CapitaLand (Vietnam) Holdings bagi membangunkan projek hartanah bernilai AS$247.1 juta (RM1.15 bilion).

Di bawah perjanjian itu, UOA Vietnam BDC akan menguasai 30 peratus kepentingan dalam syarikat usaha sama berkenaan, manakala CapitaLand memegang baki 70 peratus lagi.

UOA dalam satu kenyataan berkata, bahagian kepentingan UOA Vietnam BDC adalah bernilai AS$74.13 juta (RM345.7 juta).

“Projek yang dicadangkan itu terdiri daripada pembinaan empat menara tinggi merangkumi kediaman, ruang komersial dan runcit, satu menara sederhana tinggi kawasan kediaman dan runcit serta dua menara kediaman bertingkat rendah,” katanya.

CapitaLand (Vietnam) adalah sebahagian daripada CapitaLand, beribu pejabat di Singapura yang menjadi antara kumpulan hartanah dengan kepelbagaian perniagaan terbesar di Asia, menurut laman webnya. -Agensi

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan