29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Malaysia akan terus jadi destinasi utama acara perniagaan

Mesti Baca

MALAYSIA Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) akan memastikan Malaysia akan terus menjadi destinasi utama untuk acara-acara perniagaan yang memberi impak positif kepada ekonomi negara.

Pengerusi MyCEB, Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman berkata, dengan kepakaran yang dimiliki serta oleh transformasi digital dan kemajuan teknologi, beliau yakin matlamat itu akan tercapai.

Beliau berkata, apa yang penting, Malaysia berada pada posisi terbaik untuk melabur dalam menarik minat delegasi antarabangsa yang berpotensi bagi penganjuran acara perniaga bertaraf antarabangsa.

“Sebagai Pengerusi MyCEB yang baharu, saya percaya MyCEB akan dapat terus cemerlang dengan penetapan hala tuju dan bimbingan di bawah Encik Azman (Tambi Chik, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB).

“KPI utama Encik Azman dan pihak MyCEB adalah untuk terus menarik para perancang dan penganjur acara perniagaan untuk memilih Malaysia sebagai destinasi mesyuarat, acara korporat, kumpulan insentif, persidangan dan pameran,” katanya.

Advertisements

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata demikian ketika berucap pada Sesi Suai Mesra MyCEB Bersama Media: Sejuta Hubungan Satu Cerita di Kuala Lumpur petang ini.

Roslan berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, MyCEB akan sentiasa bekerjasama dengan pemain industri dan golongan sasar melalui sesi libat urus.

Katanya, ini bagi membolehkan pihaknya mengenal pasti keperluan pasaran dan membantu memudahcarakan pemain industri dengan pemegang taruh.

Dalam usaha sama ini, katanya, MyCEB merumuskan dasar-dasar yang relevan, meningkatkan ketrampilan dan kemahiran, menyediakan latihan yang diperlukan, dan menjadi agensi yang mantap dalam berinteraksi dengan pihak kerajaan.

“Bagi pihak media pula, diharap dengan kerjasama ini, dapat meningkatkan keupayaan dalam membangunkan pemikiran golongan sasar dengan penyebaran maklumat yang lebih jelas, telus dan bertepatan dengan hasrat Malaysia Madani. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan