34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Konsert ‘Cari Jodoh’ dan ‘Dawai’ ke Pulau Pinang

Mesti Baca

SELEPAS kejayaan di luar jangkaan dan memberangsangkan konsert Jujur Takkan Melupakanmu, Live In Concert Radja (Special Appearance Ella) pada November lalu yang menarik lebih dari 5,000 penonton, penganjur Orange International kembali dengan hiburan seterusnya khusus buat orang Pulau Pinang, ‘Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang’.

Bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang, konsert yang akan berlangsung pada 3 Februari depan turut menampilkan penyanyi Fadhilah Intan, Saixse dan juga Khai Bahar.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Orange International Dato’ Mohd Fadzli Idrus berkata, selepas beberapa siri konsert yang diadakan, Orange International (OI) terus berkembang dan berhasrat untuk memajukan industri hiburan tanah air, ekonomi serta aktiviti pelancongan dalam negara.

“Selepas kejayaan konsert Radja dan Ella tempoh hari, OI sekali lagi membawakan hiburan dari seberang iaitu kumpulan pop popular Indonesia, Wali Band buat peminat yang berada di sebelah utara khususnya Pulau Pinang.

“Selain Wali Band, turut ditampilkan, penyanyi Indonesia yang sedang meningkat naik, Fadhilah Intan yang viral dengan lagu ‘Dawai’, dan ini adalah kemunculan pertamanya di Malaysia, selain artis-artis terkenal tanah air seperti Saixse dan juga Khai Bahar,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Fadzli berkata, pihaknya menggalakan penonton yang hadir untuk mengenakan pakaian berwarna hijau pada malam konsert sebagai tanda sokongan terhadap program Eco-Schools. 

Konsert yang dijangkakan akan berlangsung selama 2 jam lebih ini bakal diserikan dengan persembahan di antara 13 sehingga 15 buah lagu kesemuanya bergantung permintaan penonton dengan mengangkat tema ‘hijau’ bersempena program ‘Eco-Schools’ yang diwar-warkan oleh kerajaan.

“Saya berharap agar peminat muzik akan terus menyokong kami dalam memberikan hiburan yang terbaik dan yang paling penting semua ‘enjoy’ dan ‘sing-along’ pada malam konsert nanti selama 2 jam tanpa henti kerana seleksi lagu dari pelbagai genre yang bakal dibawakan,” katanya.

Wali Band yang dianggotai oleh Faank (vokalis), Apoy (gitaris), Tomi (pemain dram) dan juga Ovie (pemain keyboard) mula ditubuhkan pada 1999 adalah salah satu kumpulan pop Indonesia popular dalam menyampaikan lagu-lagu bergenre alternatif, rock, religi, balada dengan sentuhan etnik Melayu yang sering menghasilkan hit-hit seperti Baik-Baik Sayang, Cari Jodoh, Doaku Untukmu Sayang dan Ada Gajah Di Balik Batu.

Tiket-tiket ‘Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang’ boleh didapati di ticket2u.com.my/walipenang atau talian hotline +6011-1133 7638. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan