25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Buli: Sekolah berasrama di Cheras diarah sediakan laporan

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) telah mengarahkan pihak sekolah menyediakan laporan lengkap berhubung insiden seorang pelajar tingkatan dua melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di Cheras, Kuala Lumpur kerana mendakwa tidak tahan dibuli.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli terbabit.

“Kami telah arahkan sekolah buat laporan lengkap untuk diserahkan kepada kepada KPM, kami akan tunggu laporan terbabit sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak kementerian sedang menyiasat dakwaan buli membabitkan pelajar itu dan akan memastikan perkara terbabit diselesaikan segera.

Advertisements

Terdahulu, media melaporkan kehilangan seorang pelajar sebuah sekolah berasrama penuh, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, 14, yang akhirnya membongkar kisah di sebalik kejadian itu apabila dia mendakwa menjadi mangsa buli.

Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin berkata, anaknya telah ditemui orang awam di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Cheras, mengakui telah dibuli dengan teruk.

Katanya, akibat kejadian buli itu, Muhammad Daniel yang mesra disapa sebagai Enel bertindak nekad untuk melarikan diri dari sekolah jam 3 pagi pada Khamis. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan