29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

FIFA senaraikan Arif Aiman sebagai pemain tumpuan Piala Asia

Mesti Baca

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyenaraikan bintang muda Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi sebagai antara lima pemain yang perlu diberikan tumpuan dalam kejohanan Piala Asia di Qatar bulan depan.

Badan induk itu, dalam laman web rasminya menyenaraikan Arif Aiman bersama empat bintang Asia lain iaitu Junya Ito (Jepun), Cho Gue-sung (Korea Selatan), Harry Souttar (Australia) dan Harib Abdalla (Emiriah Arab Bersatu).

“Malaysia kini menjadi satu kuasa baru yang stabil di rantau Asia Tenggara. Harimau Malaya hanya memenangi tiga daripada 10 perlawanan sebelum ketibaan jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon, tetapi mereka kemudian memenangi 18 daripada 27 perlawanan terakhir,” kata FIFA.

Badan induk itu berkata, Malaysia juga memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dengan cemerlang apabila memenangi dua perlawanan pertama.

Advertisements

“Paling mencuri tumpuan ketika mereka bangkit daripada ketinggalan 1-3 pada 20 minit terakhir sebelum menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dalam perlawanan pembukaan.

“Tunjang kepada kejayaan itu ialah Arif Aiman, yang melakukan tiga bantuan jaringan dalam kemenangan dramatik berkenaan,’ kata FIFA.

Pemain berusia 21 tahun itu juga dikatakan berada dalam prestasi terbaik bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), dengan menghasilkan lapan gol dan 13 bantuan jaringan daripada 23 perlawaanan musim ini.

Kata FIFA, Arif Aiman mula menyerlah selepas menjaringkan gol ke atas Borussia Dortmund dalam satu aksi persahabatan hujung tahun lalu dan terus berkembang menjadi antara prospek paling menarik buat Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan