26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Bantuan PKKP kepada pesara diteruskan tahun depan

Mesti Baca

KABINET bersetuju agar pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari hingga Disember tahun depan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.

Menurut beliau pemberian PKKP itu membabitkan para pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu.

Advertisements

“Sebelum ini, kerajaan telahpun memutuskan supaya bayaran PKKP dilaksanakan bagi tempoh Julai 2023 hingga Disember 2023 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai
dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkapli berkata, keputusan pemberian bantuan PKKP itu merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara selain menghargai sumbangan pesara semasa dalam perkhidmatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan