TAN Sri Muhyiddin Yassin menitipkan doa agar Datuk Seri Najib Razak diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan beliau.
Kenyataan terbuka daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sekaligus menepikan segala ‘kedinginan’ yang berlaku antara dua pemimpin nombor satu negara itu sebelum ini.
Beliau juga buat pertama kali secara terbuka bertanya khabar dan mendoakan kesihatan Najib.
“Saya dimaklumkan bahawa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan positif COVID-19.
“Saya mendoakan semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Dato’ Sri Najib Razak dan dipermudahkan urusan rawatan beliau,” katanya menerusi kenyataan ringkas di Facebook beliau.
Najib, kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana disahkan positif COVID-19. – Edisi 9

