25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

UEM Sunrise tingkat kualiti air Taman Tasik Metropolitan

Mesti Baca

UEM Sunrise Bhd mengadakan usahasama bagi menilai kualiti air dan kandungan logam berat tasik di Kepong Metropolitan Park yang terletak di sebelah perbandaran seluas 29.4 hektar syarikat itu di Kiara Bay, Kepong.

Melalui anak syarikat usaha samanya Mega Legacy (M) Sdn Bhd (MLMSB) dan Kumpulan Melati Ehsan, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) itu dilaksanakan dengan Fakulti Sains Universiti Malaya (UM).

MLMSB memulakan pemeteraian MoU dengan tujuan untuk menilai kualiti air Tasik Taman Metropolitan Kepong.

Penilaian itu diperlukan untuk mengaktifkan pembangunan di kawasan sekitar Kiara Bay bagi memastikan ia selamat dan memudahkan komuniti serta mengaktifkan pelbagai aktiviti air.

Pengerusi MLMSB, Zaida Khalida Shaari dan Dekan Fakulti Sains UM, Profesor Dr Zulqarnain Mohamed menandatangani MoU itu yang disaksikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut hadir, Pengarah Urusan UEM Group Bhd, Datuk Mohd Izani Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise/Pengarah MLMSB, Sufian Abdullah.

MoU itu menggariskan dua fasa inisiatif, yang dibiayai melalui geran yang disediakan oleh Kumpulan UEM, syarikat induk UEM Sunrise.

Dalam fasa satu, UM akan menguji kualiti air untuk memeriksa kandungan logam berat dan sedimen, serta kandungan mikrobiologi tasik.

Pemeriksaan itu akan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil dalam fasa kedua, berdasarkan penilaian dan cadangan yang dikumpul, bagi memulihkan kualiti air tasik.

Penilaian UM juga akan menentukan pembangunan reka bentuk Kiara Bay dan program pembuatan tempat masa hadapan.

Pemulihan tasik ini akan menjadi asas dalam memelihara hidupan akuatik dan biodiversiti kerana pengekalan tasik adalah penting untuk ekosistem.

Advertisements

Nik Nazmi berkata, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar, menetapkan langkah kawalan dan program pemantauan berterusan perlu dilaksanakan untuk memastikan kualiti air dan peredaran sistem tasik dipertingkatkan bagi melindungi alam sekitar.

“Kami amat berbangga dengan tindakan proaktif UEM Sunrise untuk memulihara alam sekitar kelestarian pembangunannya.

“MoU ini menunjukkan bahawa pelbagai langkah boleh diambil bagi melindungi alam sekitar Malaysia melalui kerjasama semua sektor negara, termasuk kerajaan, sektor swasta dan ahli akademik,” katanya.

Beliau berkata, pemuliharaan Taman Metropolitan Kepong dan tasiknya adalah amat penting untuk orang awam.

“Kami berharap akan terdapat lebih banyak kerjasama sebegini di masa hadapan, ke arah mentransformasikan ruang bandar Malaysia untuk pelestarian dalam negara secara keseluruhannya,” katanya.

Sementara itu, Mohd Izani berkata UEM percaya bahawa pemeliharaan kondisi tasik ini mempunyai dua tujuan iaitu melindungi biodiversiti dan pada masa yang sama membuka jalan untuk pembangunan lestari Kiara Bay oleh UEM Sunrise.

“Ia menggariskan komitmen kami terhadap unsur-unsur alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), lantas mengukuhkan usaha yang berterusan untuk membina masa depan yang lebih baik untuk seluruh alam sekitar dan komuniti,” katanya.

Sufian pula berkata, sebagai pemaju hartanah yang bertanggungjawab, UEM Sunrise menyedari keperluan untuk menyumbang kepada alam sekitar, masyarakat dan ekonomi dalam semua pembangunan dan perbandaran, untuk memenuhi keperluan sosial, fizikal dan rohani masyarakat.

“Taman Metropolitan Kepong akan berfungsi sebagai ruang rekreasi untuk orang ramai berkumpul,” katanya.

Taman Metropolitan Kepong merangkumi kawasan seluas 95 hektar dengan tasik seluas 57 hektar yang terkenal dengan aktiviti rekreasi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan