32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Op Bersepadu: 25 individu ditahan positif dadah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 25 orang warga tempatan telah ditahan menerusi Op Bersepadu yang dilaksanakan di jeti bot sekitar muara Kuala Kedah, pagi tadi.

Operasi berkenaan yang turut membuat pemeriksaan secara rawak ke atas bot nelayan tempatan telah dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kedah dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Setar dan Pokok Sena.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, operasi serbuan yang dilakukan adalah dalam usaha pihaknya membanteras aktiviti penagihan dadah dalam kalangan komuniti nelayan di sekitar perairan Kuala Kedah.

“Hasil operasi yang dijalankan, seramai 25 orang warga tempatan telah ditahan kerana positif dadah jenis Methaphetamine setelah menjalani saringan air kencing.

Advertisements

“Kesemua yang ditahan adalah lelaki berumur dalam lingkungan umur 20 hingga 50 tahun di mana tujuh ketika berada atas bot manakala 18 lagi di jeti sebelum diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Noor Azreyanti turut menegaskan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara.

Beliau turut menyeru kepada masyarakat setempat untuk menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat atau aduan terhadap sebarang aktiviti jenayah serta kecemasan di laut dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Operasi berkenaan disertai seramai 39 pegawai dan anggota dari kedua-dua agensi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan