27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Penguatkuasa dibenar periksa pengilang, pemborong padi dan beras

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI penguatkuasa dibenar menjalankan pemeriksaan di peringkat pengilang dan pemborong padi dan beras di seluruh negara.

Keputusan tersebut dipersetujui Mesyuarat Penyelarasan Task Force Khas Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (BPT) semalam yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, mesyuarat bersetuju mewujudkan Pusat Gerakan Bersepadu dan menurunkan kuasa kepada agensi penguatkuasaan di bawah Seksyen 6, Akta Kawalselia Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

“Operasi Bersepadu BPT ini akan bermula pada hari ini melibatkan pemeriksaan di 93 buah kilang, 130 pemborong dan peruncit.

“Ia turut meliputi pemeriksaan di sempadan-sempadan negara dan pelabuhan-pelabuhan utama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mesyuarat tersebut melibatkan Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Permeriksaan (Maqis).

Ia bagi memperincikan terma dan syarat serta standard operating procedure (SOP) terhadap pemeriksaan dan penguatkuasaan di semua peringkat rantaian pembekalan BPT.

Task force itu turut melibatkan Jabatan Kimia dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) sebagai badan teknikal yang akan melakukan analisis kimia bagi menguji sampel beras yang diambil dan dijadikan salah satu elemen pembuktian dalam proses pendakwaan.

Dalam pada itu, KPKM menegaskan bahawa tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati menukar kampit atau mencampurkan BPT dengan BPI atau menyembunyikan bekalan BPT. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan