24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Sukan Asia: Skuasy berpeluang sumbang tiga emas esok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KONTINJEN negara berpeluang menambah tiga lagi pingat emas esok selepas tiga wakil negara mara ke final acara skuash di Sukan Asia Hanzhou 2023, esok.

Dalam aksi di Hangzhou Olympic Sports Park Expo Center hari ini menyaksikan kejutan daripada perseorangan wanita, S.Sivasangari yang mengejutkan pilihan utama, Satomi Watanabe, 11-8, 11-8, 11-4.

Sivasangari bakal menentang juara Asia dari Hong Kong, Chan Sin Yuk yang menewaskan rakan senegara, Ho Sze Lok 11-4, 11-5, 11-8.

Mengikut jejak langkan Sivasangari adalah pasangan Mohammad Syafiq Mohd. Kamal-Aifa Azman yang turut ke final selepas menewaskan wakil India, Anahat Singh-Abhay Singh 8-11, 11-2, 11-9 dalam masa 38 minit.

Advertisements

Pasangan beregu campuran negara itu akan bertemu satu lagi wakil India, Dippika Pallikal Karthik-Harrinder Pal Singh Sandhu di final esok.

Sementara itu, Ng Eain Yow memastikan tiga wakil negara berada di pentas final selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas wakil Qatar, Altamimi Abdulla dalam acara individu lelaki.

Ng Eain Yow bangkit dari ketinggalan 0-1 untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas Altamimi Abdulla dari Qatar untuk melangkah ke perlawanan akhir esok.

Menanti Eain Yow di final esok juga seorang lagi wakil dari India, Saurav Ghosal. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan