31.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Nenek 104 tahun lakukan terjunan udara

Mesti Baca

USIA ternyata bukan halangan buat wanita ini apabila dia dengan beraninya melakukan terjunan udara sekali gus menjadi penerjun payung terjun, tertua di dunia.

Portal People memetik Chicago Tribune yang mendokumentasikan detik itu melaporkan, Dorothy Hoffner, 104, menjadi individu tertua yang melakukan terjunan udara di Chicago, pada Ahad lalu.

Selepas wanita itu membuat terjunan udara buat kali pertama pada usia yang ke-100, dia memutuskan bahawa terjunan seterusnya akan berbeza, menurut FOX 32 Chicago.

Dia mahu mencipta rekod dunia dan empat tahun selepas lompatan pertamanya, Hoffner menyempurnakan terjunan udara bersejarah itu dengan bantuan ‘penerjun tandem’ Derek Baxter, lapor Chicago Tribune.

Advertisements

Selepas mendarat, gambar yang dirakam oleh akhbar itu menunjukkan Hoffner bersama Baxter dan rakannya, melambai ke arah orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan peristiwa penting itu.

Apabila ditanya bagaimana rasanya secara tidak rasmi memegang rekod dunia, dia menjawab, “Seperti saya sudah tua.”

“Umur hanyalah angka,” katanya kepada pemberita.

Hoffner juga mengucapkan terima kasih kepada akhbar dan orang ramai kerana menyaksikan detik istimewa dalam hidupnya itu. -Agensi

Advertisements

Terkini

Pemandu mabuk langgar atlet kayak negara diikat jamin RM8,000

SEORANG pembantu penyelia kilang didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga...

Lagi Artikel Berkaitan