27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Peruntukan pembangunan desa dijangka meningkat kepada RM7.7 bilion

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjangkakan peruntukan pembangunan desa di setiap negeri akan meningkat kepada RM7.7 bilion pada tahun hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak RM5.79 bilion atau 78.01 peratus daripada RM7.42 bilion peruntukan telah dibelanjakan tahun ini.

“Kementerian menjangkakan peruntukan pembangunan ini meningkat kepada RM7.7 bilion pada tahun hadapan.

“Saya berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meluluskannya melalui Belanjawan 2024 yang akan diumumkan pada Jumaat nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco-Exco Luar Bandar (Mexclub) di Kuching, Sarawak, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, mesyuarat kali ini diadakan di Sarawak bagi membolehkan ahli-ahli mesyuarat melihat dengan lebih dekat strategi pembangunan Kerajaan Negeri.

Selain itu katanya, ia juga dalam mensasarkan Sarawak sebagai sebuah
negeri berpendapatan tinggi seterusnya memberi tumpuan kepada kelestarian alam sekitar dan keterangkuman sosial.

Advertisements

“Saya difahamkan Kerajaan Negeri Sarawak mewujudkan agensi mengikut wilayah bagi mempercepatkan pembangunan wilayah-wilayah di Sarawak dengan mengoptimumkan peruntukan melalui sasaran pembangunan yang ditetapkan.

“Tatakelola tadbir urus Kerajaan Negeri juga amat membanggakan yang mana sistem perolehan yang digunakan adalah telus dengan pelantikan kontraktor
melalui cabutan undi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembangunan desa di negara ini juga perlu dilihat dalam konteks yang lebih fokus.

Katanya, ia bukan satu proses urbanisasi tetapi memastikan luar bandar mencapai tahap kemajuan sesuai dengan acuan kemajuan dan kelestarian pembangunan desa.

“Ia dengan melalui proses modenisasi dalam konteks cara berfikir, pengurusan ekonomi progresif dan sesuai dengan keperluan semasa.

“Justeru, saya telah memohon Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Harun dan Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membentangkan Hala Tuju Baharu bagi organisasi masing-masing.

“Ini agar konsep pembangunan desa dan wilayah yang dibentangkan boleh menjadi panduan dalam pembangunan di negeri agar selari dengan hasrat kementerian ini,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan