27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tanjong Malim bakal jadi hab automotif global NEV

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROJEK Automotive High Tech Valley (AHTV) yang membabitkan pelaburan berjumlah RM32 bilion bakal mengubah Tanjong Malim menjadi sebuah hab automotif global untuk kenderaan tenaga baharu (NEV).

Projek mega berkenaan dipelopori syarikat Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) bersama-sama DRB-HICOM Berhad.

Menerusi hantaran di Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hari ini beliau berkunjung ke Proton City, Tanjong Malim, Perak bagi mempengerusikan mesyuarat terkait Projek Automotive High Tech Valley (AHTV).

“AHTV adalah satu projek mega membabitkan pelaburan berjumlah RM32 bilion yang dipelopori syarikat Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) bersama-sama DRB-HICOM Berhad.

“Ia bakal mengubah Tanjong Malim menjadi sebuah hab automotif global untuk kenderaan tenaga baharu (NEV) seraya dikembangkan mencakupi pembangunan bakat, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembandaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kolaborasi Utama antara DRB-HICOM dan Geely dan pemeteraian Dasar-Dasar Utama Perjanjian antara Altel dan Geespace Technology (syarikat pelaburan strategik Geely).

“Usai mesyuarat, saya menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kolaborasi Utama antara DRB-HICOM dan Geely sebagai komitmen kedua-dua pihak dalam sama-sama menjayakan AHTV.

Advertisements

“Turut disaksikan pemeteraian Dasar-Dasar Utama Perjanjian antara Altel dan Geespace Technology (syarikat pelaburan strategik Geely).

“Ia memberi tumpuan kepada pembangunan dan pelaksanaan sistem teknologi tinggi serta memangkin pelaksanaan penyelesaian inovatif bagi sektor-sektor seperti pelabuhan pintar,” katanya.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Anwar berkata, sokongan Kerajaan Perpaduan serta kelancaran projek ini menjadi contoh kepada pelabur-pelabur terhadap pendekatan Malaysia dalam memudah cara pelaburan dengan cekap dan segera.

“Semoga projek ini berjaya seperti yang dirancang, Insya-Allah,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan