26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Pengasas dana kripto dipenjara 4 bulan di Singapura

Mesti Baca

SALAH seorang pengasas bersama dana lindung nilai mata wang kripto, Three Arrows Capital yang muflis dikenakan hukuman penjara selama empat bulan selepas ditahan di Singapura.

Pengendali mudah tunai Three Arrows Capital, Teneo berkata, syarikat yang berpangkalan di Singapura itu memfailkan muflis tahun lalu apabila keuntungannya merosot mendadak selepas penjualan besar-besaran aset secara lelong ketika harga jatuh dalam pasaran kripto.

Katanya, salah seorang pengasas itu, Su Zhu, ditahan di Lapangan Terbang Changi Singapura ketika cuba meninggalkan negara itu.

Penahanannya dibuat selepas perintah komital diperoleh terhadap Zhu minggu ini kerana gagal mematuhi siasatannya terhadap kegagalan syarikat itu.

“Perintah komital yang diberikan oleh Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara empat bulan kepada Zhu,” kata Teneo.

Teneo berkata, pengasas bersamanya, Kyle Davies, yang kini masih belum berjaya dikesan, juga perlu menjalani hukuman sama.

Katanya, pihak berkuasa monetari Singapura melarang pasangan itu daripada menjalankan aktiviti pelaburan terkawal masing-masing selama sembilan tahun.

Pelikuidasi, yang diperintahkan untuk mempengerusikan kemuflisan oleh mahkamah di British Virgin Islands, sedang cuba mendapatkan semula aset Three Arrows, sekaligus membawa pulangan kepada pemiutangnya selepas syarikat itu gagal.

Namun, Zhu dan Davies dituduh tidak bekerjasama dalam usaha untuk memulangkan dana selain gagal memberikan maklumat secara sukarela.

Dalam profil di The New York Times pada Jun, pasangan itu dilaporkan berkata mereka mengembara sejak dana lindung nilai itu runtuh, termasuk ke Bali di Indonesia.

Sementara itu, polis Singapura tidak memberikan maklum balas sehingga kini. -Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan