26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

MOTAC perlu tingkat produk dan perkhidmatan pelancongan – Anwar Ibrahim

Mesti Baca

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan harapan yang tinggi kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam meningkatkan daya cipta produk dan perkhidmatan pelancongan serta kebudayaan yang berdaya saing dan lebih kreatif.

Beliau berkata, ia bagi meningkatkan kemampanan serta keterangkuman pelancongan.

“Dengan semangat Malaysia Madani di kalangan semua pihak, saya yakin negara kita akan kekal berdaya saing menjadi destinasi pelancongan, seni, budaya dan warisan pilihan untuk dikunjungi di rantau ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Semalam, Anwar bersama warga Putrajaya meraikan Festival Budaya Putrajaya 2023 yang dianjurkan oleh MOTAC yang bertemakan “Perpaduan Melalui Seni Budaya”.

Anwar berkata, penganjuran program ini amat besar maknanya kepada industri pelancongan, seni dan budaya serta warisan tanah air.

Advertisements

Pada malam yang bersejarah itu turut menyaksikan Penganjuran Festival Budaya Putrajaya menerima pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records dengan persembahan khas Konsert Mega Dikir Barat & Paluan Rebana Berskala Antarabangsa Pertama diringi Orkestra Tradisional Malaysia.

Turut hadir pada festival berkenaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Antara pengisian menarik yang telah diatur sepanjang program yang berlangsung selama empat hari itu ialah ‘Putrajaya Culture Fun Run & Gathering’ yang menampilkan acara larian lima kilometer dengan berpakaian tradisonal.

Juga persembahan pentas bercirikan tradisional dengan suntikan semangat kemerdekaan; penjagaan seni; demonstrasi makanan warisan; penjualan produk kraf; dan pertandingan serta kuiz seni budaya dan pelancongan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan