26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

SPRM tiada kuasa tentukan kelayakan calon pilihan raya

Mesti Baca

SPRM tiada kuasa untuk menentukan sama ada seseorang yang terpalit isu rasuah layak bertanding atau tidak dalam pilihan raya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kelayakan bertanding itu adalah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku pengawal atur urusan pilihan raya.

“Kami di SPRM hanya menyiasat isu berkaitan rasuah atau kesalahan rasuah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Mengenai siapa boleh bertanding atau tidak itu terserah kepada SPR.

Advertisements

“Setakat ini, saya lihat mereka yang dituduh di mahkamah SPR benarkan bertanding. Kami memang sentiasa bekerjasama dengan SPR, contohnya membuka bilik gerakan SPRM pada setiap pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi di akaun Facebooknya yang mempersoalkan bagaimana individu terbabit dalam kes rasuah boleh bertanding pada pilihan raya.

Mohd Puad dipercayai membuat hantaran itu dengan merujuk kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan semula selepas kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya susulan elemen rasuah. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan