27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Lapan penumpang berdepan detik cemas, bas Rapid KL terbakar

Mesti Baca

LAPAN penumpang berdepan detik mencemaskan apabila bas Rapid KL yang mereka naiki terbakar di Jalan Tandang, Petaling Jaya, sebelum pemandunya sempat memberhentikan bas itu dan menyelamatkan semua penumpang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.17 pagi ini.

“Kebakaran membabitkan sebuah bas Rapid KL yang terbakar 90 peratus.

“Bas dalam keadaan berjalan yang mana ketika itu ada lapan penumpang di dalamnya sebelum seorang daripada mereka menyedari ada api,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, pemandu kemudian memberhentikan bas berkenaan di tepi tiang elektrik sebelum semua penumpang berjaya menyelamatkan diri.

Sementara itu, Rapid KL dalam kenyataan menjelaskan, pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan berhubung kebakaran sebuah bas laluan T640 (Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Jaya –Taman Sri Sentosa), pagi tadi.

Advertisements

Rapid KL berkata, kebakaran berlaku berhampiran hentian bas di Jalan Penchala pagi tadi.

“Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 12 tengah hari.

“Ketika kejadian, terdapat lapan penumpang dalam bas. Kapten Bas dan penumpang tidak cedera,” katanya.

Katanya, penumpang yang terbabit mengambil pengangkutan alternatif untuk ke destinasi mereka.

“Tiada kerosakan pada harta benda awam. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan