26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Pemuda Perpaduan ajak sertai himpunan solidariti Gaza esok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMUDA Perpaduan mengajak rakyat Malaysia bersama-sama hadir ke ‘Himpunan Solidariti Bersama Gaza’ yang akan berlangsung di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur, esok.

Menerusi kenyataan, Pemuda Perpaduan berkata, himpunan yang akan diadakan selepas solat Jumaat itu bertujuan menyampaikan mesej jelas bahawa Malaysia menentang segala bentuk pencabulan perundangan hak asasi manusia.

Selain itu katanya, himpunan bertujuan menggesa pihak berwajib untuk bertindak tegas dan segera menghentikan segala bentuk kekejaman, penindasan dan ketidakadilan.

“Masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia perlu sedar peperangan yang berlarutan ini melangkaui kaca mata agama tetapi ianya adalah jenayah kemanusiaan.

“Bantahan terbuka perlu dizahirkan. Inilah masanya rakyat Malaysia bersatu hati menunjukkan solidariti kepada Palestin yang mempertahankan kedaulatan dan hak rakyatnya demi menamatkan konflik peperangan yang tidak menguntungkan,” katanya hari ini.

Advertisements

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Salehl; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli Abd. Halim; Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Kelvin Yii Lee Wuen dan Ketua Pemuda Amanah, Mohd. Hasbie Muda.

Menurut kenyataan itu, Pemuda Perpaduan mengecam sekeras-kerasnya jenayah kemanusiaan dalam konflik Perang Palestin-Israel dan menggesa agar ianya dinokhtahkan segera.

Katanya, ia setelah mengambil kira kesengsaraan dan kehilangan nyawa orang awam yang tidak terkira dari kedua-dua belah pihak.

“Pelanggaran perjanjian rejim Israel serta penindasan berterusan terhadap hak asasi rakyat Palestin menjadi jenayah yang tidak disemak dan diadili di muka pengadilan sejak sekian lama.

“Ini sekaligus menyerlahkan sikap ‘double standard’ badan-badan antarabangsa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan