28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Selepas adik beradik, Shila Amzah pula bersuara

Mesti Baca

KONTROVERSI membabitkan penyanyi Shila Amzah dan dua adiknya, Amir Syafiq Amzah dan Syada Amzah terus berlarutan apabila masing-masing lantang bersuara di sosial media.

Semalam, Shila pula meluahkan kekecewaan terhadap mereka terutama adik lelakinya, Amir Syafiq.

Menerusi sesi siaran langsung di Instagram miliknya, Shila meluahkan perasaan dia sudah penat dengan ‘drama’ atau kontroversi yang berlaku membabitkan ahli keluarganya.

Shila atau nama sebenarnya Norshahila Amir Amzah berkata, dia tidak menyangka, keputusan untuk menjual rumah yang didiami keluarga telah menyebabkan satu persatu tohmahan tidak benar dilakukan oleh adik-beradiknya sendiri.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka, selepas banyak berkorban untuk keluarga selama ini, dia akhirnya ‘dicop’ sebagai seorang kakak sulung yang tidak bertanggungjawab.

“Saya dapat banyak mesej daripada Amir yang asyik salahkan Shila. Orang macam ini dia tidak sedar, selalu tuding jari dekat orang lain.

“Padahal tangan ini yang gosok baju sekolah mereka, tangan ini yang basuh, kapur kasut sekolah.

“Saya dah terlalu penat nak hadap ini semua, tapi sebab mereka dedahkan saya sudah tidak boleh diam,” katanya.

Advertisements

Berkongsi mengenai keputusannya mahu menjual rumah yang didiami ibu dan adik-beradik lain, Shila berkata, hasratnya itu telah pun dipersetujui oleh ibunya, Fauziah Sarman.

“Saya ada jumpa ibu hujung minggu lalu dan beritahu realtor akan datang. Ibu setuju untuk saya jual rumah.

“Ibu saya minta rumah teres dan fikirkan adik-adik iaitu Amir Syafiq dan Syada. Saya yang berhak untuk pilih rumah mana yang sepatutnya,”katanya.

Sementara itu, dalam satu hantaran lain di Instastory, Shila menolak dakwaan yang dibuat Syafiq yang mengatakan dia lebih mementingkan duit daripada keluarga.

Shila berkata apa yang didakwa adiknya itu adalah satu pembohongan semata-mata dan kisah dongeng.

“Kau guna nama kakak kau untuk perhatian dan nak terangkan kebenaran yang kau cipta sendiri untuk menambah rasa sedap pada kisah dongeng yang kau buat sendiri?,” luahnya.

Terdahulu, Shila sebelum ini menafikan yang dia menghalau ahli keluarga dari kediaman miliknya.

Katanya, tindakan menjual rumah berkenaan kerana mahu menyediakan sebuah rumah lain yang lebih selesa untuk didiami keluarganya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan