34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Marissa balas kenyataan, Norman lebih selesa diam

Mesti Baca

KONTROVERSI yang tular membabitkan anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania terus berpanjangan apabila pihak bekas isteri yang mendakwa anak selebriti itu mengganggu rumah tangganya hingga bercerai berkongsi banyak bukti di laman sosial.

Hari ini, Marissa, 18, membalas kenyataan di Instagram (IG) miliknya dengan kenyataan panjang lebar.

Marissa mengakui dia bersalah atas perkara yang terjadi sehingga menyebabkan rumah tangga orang lain berantakan dan bercerai.

Bagaimanapun, Marissa mendakwa tidak semua cerita yang didedahkan wanita itu adalah tepat dan kenyataan diberikan bukan untuk memuaskan hati semua pihak.

Dalam pada itu, Norman mengambil sikap berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang berlaku.

Walaupun IG miliknya bertalu-talu ‘diserang’ netizen dengan pelbagai tohmahan dan hinaan, pelakon itu tetap mengambil pendirian mendiamkan diri.

Norman dilihat lebih selesa memuat naik hantaran zikir harian di InstaStory untuk tatapan peminat dan netizen.

Begitu juga dengan Abby yang turut menerima nasib yang sama sudah menukar tetapan akaun IG kepada ‘private’ berbeza ‘public’ sebelum ini. -Edisi 9

Terkini

Kalau tak faham keperitan rakyat baik diam – Dr. Akmal

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Mohamad Akmal Saleh membidas kembali kenyataan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian...

Lagi Artikel Berkaitan