26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Malaysia komited jaga keselamatan perairan serantau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekali lagi menyatakan komitmen tinggi negara terhadap usaha menjaga keselamatan perairan serantau khususnya di sempadan tanah air agar ia terpelihara daripada sebarang ancaman jenayah.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, Maritim Malaysia telah mempertingkatkan keselamatan kawasan maritim negara melalui pertambahan rondaan dan operasi di kawasan titik panas (hotspot) termasuk di sempadan perairan bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan daripada berlaku.

Beliau menambah, Maritim Malaysia turut meningkatkan kemahiran dan kepakaran pegawai dan anggota dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT).

“Perkara ini penting kerana selain menguatkuasakan undang-undang di laut, Maritim Malaysia turut terlibat memberikan bantuan kepada negara-negara jiran dalam misi CARILAMAT,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Persidangan Ketua-Ketua Agensi Pengawal Pantai (Coast Guard) Asia ke-19 (HACGAM) di Istanbul, Turkiye yang diadakan bermula 5 hingga 8 September lalu.

Advertisements

Turut hadir, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Aminuddin Abdul Rashid dan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohammad Nasir Man.

Maritim Malaysia berusaha menjaga keselamatan perairan serantau khususnya di sempadan tanah air agar ia terpelihara daripada sebarang ancaman jenayah.

Dalam pada itu, beliau berkata, persidangan pada kali ini tertumpu kepada  isu penguatkuasaan undang-undang di laut yang semakin mencabar serta pencerobohan bot nelayan asing di bawah llegal Unreported and Unregulated (IUU) Fishing, penyeludupan dan pengedaran dadah, pemerdagangan manusia serta penyeludupan migran.

Dihadiri  sebanyak 19 buah negara termasuk Australia, Indonesia, Singapura, dan Vietnam, HACGAM turut disertai dua Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia (ReCAAP) dan The United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) .

HACGAM mula diperkenalkan pada tahun 2004 dan Maritim Malaysia pernah dipertanggungjawabkan menjadi tuan rumah bagi persidangan kali ke-2 yang diadakan di Malaysia. Persidangan kali ke-20 dijangka akan diadakan di Korea pada tahun 2024. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan