26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Nahas Elmina: Laporan awal nahas dikeluarkan Jumaat ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAPORAN awal nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu, akan dikeluarkan pada Jumaat ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, laporan itu adalah mengenai analisis data rakaman suara selama 30 minit daripada ‘memory puck’ dalam perakam suara kokpit (VCR) pesawat berkenaan.

“Kita akan keluarkan laporan awal pada Jumaat ini, 15 September,” katanya kepada media selepas merasmikan Kongres Wanita DAP di grand Centro Ballroom, di sini.

Terdahulu, komponen tersebut dibawa ke Singapura selepas negara ini tidak mempunyai peralatan khas bagi mengekstrak maklumat yang tersimpan dalam VCR untuk menyiasat punca nahas tersebut.

Advertisements

Bagaimanapun, VCR pesawat dari Pulau Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang itu mengalami kerosakan teruk akibat terbakar dan terpaksa dibawa kembali ke kilang pembuatannya di Amerika Syarikat bagi mendapatkan rakaman terbabit.

Nahas yang mengejutkan negara pada jam 2.50 petang 17 Ogos lalu itu, telah mengorbankan 10 nyawa, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Selain itu, insiden turut mengorbankan dua mangsa yang bukan berada dalam pesawat iaitu penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan