26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Arwah tidak pernah ada kontroversi – Lam Thye

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AKTIVIS sosial, Tan Sri Lee Lam Thye menyifatkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai individu yang tidak pernah mempunyai kontroversi dan berjiwa rakyat.

Beliau berkata, pemergian Allahyarham begitu mengejutkan kerana negara kini telah kehilangan insan yang sangat berharga.

“Saya mengenal beliau sebagai seorang yang sangat ramah, mesra dan baik budi bicara.

“Tidak pernah ada kontroversi dan sentiasa berjiwa rakyat.

“Inisiatif Rahmah yang diperkenalkan arwah memberi kebaikan kepada orang ramai di negara ini.

“Pemergian Salahuddin pada malam tadi mendatangkan kesedihan buat ramai warga Malaysia.

Advertisements

“Ini kerana Allahyarham merupakan seorang yang sangat disegani dan mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat melalui inisiatif dilaksanakan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Pada masa sama, Lam Thye berharap agar ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan untuk menempuhi waktu sukar itu.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Salahuddin, 61, dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 9.23 malam ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi.

Berita kematian beliau itu diumumkan oleh anaknya, Fatihah Salahuddin menerusi perkongsian di laman sosial Facebook. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan