26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Shaiful Hazizy calon BN DUN Tanjung Dawai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pencalonan Shaiful Hazizy itu melengkapkan keseluruhan 108 kerusi yang bakal ditandingi BN pada PRN di enam negeri.

“Saya juga mewakili BN merakamkan penghargaan kepada Pakatan Harapan (PH) atas semangat perpaduan memberikan laluan kepada BN untuk bertanding di kerusi DUN Tanjung Dawai.

“Kepada Allah kita berserah. Mudah-mudahan diberikan kemenangan oleh Allah jua,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Jumaat lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan gabungan parti itu akan bertanding 108 daripada 245 kerusi DUN pada PRN enam negeri bulan depan.

Gabungan parti itu menampilkan sebanyak 63 peratus calon muka baharu, dengan hanya 18 peratus dalam kalangan penyandang.

Sementara 20 peratus lagi terdiri daripada mereka yang pernah bertanding, tetapi mahu menawarkan diri mereka semula. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan