31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

TikTok jamin selesai isu berita palsu, TikTok Shop – Fahmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PLATFORM media sosial, TikTok memberi jaminan akan meningkatkan kerjasama dengan kerajaan dalam mengekang isu penyebaran berita palsu dan operasi TikTok Shop di negara ini.

Perkara tersebut dicapai ketika pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bersama Naib Presiden Global TikTok, Helena Lersch, semalam.

Fahmi berkata, dalam perbincangan tersebut, beliau menegaskan TikTok perlu beroperasi mengikut garis panduan dan undang-undang di negara ini.

Katanya, TikTok juga diingatkan supaya lebih proaktif mengekang penularan berita palsu dan bahan berbaur fitnah yang disebarkan di platform itu termasuk penularan yang bersifat Coordinated Inauthentic Behaviour (CIB).

“Saya tekankan pematuhan TikTok terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan dan hal ini mesti diperbetul segera.

Advertisements

“Pihak TikTok mengakui terdapat kelemahan dalam respons mereka berikutan ketiadaan wakil di Malaysia ketika ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata, beliau turut menegaskan perlunya TikTok mencari solusi kepada isu pembelian iklan dan sebaran kandungan di platform terbabit.

“Ini berikutan aduan daripada gedung-gedung perniagaan, orang awam dan agensi media yang sangat terkesan akibat iklan yang ditempah terus dengan platform media sosial.

“TikTok telah memberi jaminan akan meningkatkan kerjasama dengan Kerajaan Malaysia. Sehubungan dengan itu, mereka memberi komitmen untuk mengadakan pertemuan lanjut pada kadar segera untuk menyelesaikan isu-isu ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan