27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Indonesia nafi ‘kirim’ asap kebakaran hutan ke Malaysia

Mesti Baca

KEMENTERIAN Alam Sekitar Indonesia menafikan dakwaan kebakaran hutan di Sumatera dan sebahagian pulau Borneo yang menyelubungi beberapa bandarnya dengan jerebu tebal turut menjejaskan kualiti udara di negara jiran Malaysia.

Jumaat lalu, Malaysia mengeluarkan amaran tahap pencemaran tinggi di kebanyakan kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia dan wilayah barat Sarawak, dengan menyalahkan jerebu rentas sempadan dari Indonesia.

Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya Bakar, berkata Jakarta tidak mengesan sebarang jerebu dari Indonesia ke negara jiran.

“Kami sentiasa mengikuti perkembangan dan tiada jerebu merentas sempadan ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika ini, Indonesia menumpukan usaha memadamkan kebakaran hutan di beberapa wilayah di Sumatera dan Borneo dengan menggunakan helikopter.

Selain sempadan maritim, Malaysia turut berkongsi sempadan darat dengan Indonesia di pulau Borneo.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, berkata Malaysia tidak memfailkan aduan diplomatik membabitkan jerebu.

Advertisements

Musim kemarau di Indonesia tahun ini adalah yang paling teruk sejak 2019 berikutan kesan corak cuaca El Nino.

Walaupun kebakaran hutan biasanya dimulakan oleh petani untuk membersihkan tanah untuk ladang, pihak berkuasa berkata memadamkan kebakaran tahun ini lebih sukar disebabkan El Nino.

Lebih daripada 267,900 hektar hutan dibakar setakat tahun ini, lebih besar daripada jumlah keseluruhan 204,894 hektar sepanjang 2022, menurut data Kementerian Alam Sekitar.

Pembakaran hutan itu membawa jerebu ke beberapa bandar di Sumatera dan Borneo.

Beberapa kawasan di Kalimantan Tengah melaporkan jarak penglihatan kurang daripada 10 meter.

Pihak berkuasa mengarahkan pembelajaran jarak jauh untuk pelajar di bandar Palembang dan Jambi di selatan Sumatera mulai minggu ini berikutan tahap pencemaran yang teruk, lapor media tempatan. – Agensi

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan