30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

MSU terima anugerah Universiti Terbaik TVET

Mesti Baca

MANAGEMENT and Science University (MSU) menerima anugerah Universiti Malaysia Terbaik (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional – TVET) bersempena anugerah Malaysia Education dan TVET 2023.

MSU berkata, pengiktirafan ini menyerlahkan komitmen mereka sebagai institusi pendidikan tinggi yang mempelopori pendidikan berteraskan TVET di Malaysia dan global.

“Pelaksanaan pelbagai strategi inovatif dengan memberikan penekanan khusus kepada elemen TVET merentasi silibus pelbagai program pengajian memperkasa lagi aspirasi ini.

“Kejayaan ini juga rantaian daripada pengiktirafan Accreditation Services for International Schools, Colleges and Universities (ASIC) berpengkalan di United Kingdom (UK) apabila MSU menerima anugerah sebagai Model Universiti Global TVET dan Outstanding Leadership in International TVET Education pada 2018,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Mohd Yunus Sakmud kepada Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dalam majlis yang diadakan di Kuala Lumpur.

Hadir sama Pengerusi Koperasi Pendidikan Swasta Malaysia Berhad, Datuk R Rajendran dan Editor Pengurusan Education + TVET Asia, Lee Seng Chee.

Pemenang anugerah itu dinilai berdasarkan kriteria seperti kepimpinan, produktiviti, inovatif, kelestarian, kecemerlangan jenama, kecemerlangan perkhidmatan dan produk, serta kecemerlangan start-up baru. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan