26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2023 dibuka untuk semakan – SPR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DAFTAR Pemilih Tambahan Ogos 2023 (DPT BLN8/2023) telah diperaku dan diwartakan dibuka untuk semakan bermula hari ini sehingga 1 November depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi kenyataan berkata, DPT BLN8/2023 mengandungi 41,612 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos 2023 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Katanya, sebanyak 12,915 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 763 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.

“SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN8/2023 iaitu di Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my atau portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.

“Selain itu, ia boleh disemak di aplikasi dalam talian https://myspr.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218,” katanya hari ini.

Advertisements

Sementara itu, SPR menyeru warganegara berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos ini dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN8/2023.

Ujarnya, sekiranya didapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN8/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

“Mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan raya dengan mengisi Borang D.

“Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN8/2023 ini, orang ramai boleh layari portal rasmi SPR atau hubungi talian 03-88927218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan