34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Batik Air tawar tambang istimewa kepada penumpang MyAirline

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BATIK Air menawarkan tambang tetap istimewa di laluan terpilih kepada penumpang MyAirline Sdn Bhd (MyAirline) yang terkandas susulan penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Batik Air memaklumkan penumpang yang terjejas dikehendaki melampirkan salinan tiket MyAirline mereka dan membuat tempahan melalui e-mel di [email protected].

Tambang istimewa termasuk semua sehala melibatkan Pulau Pinang (RM129), Langkawi (RM159), Kuching (RM199) serta Bangkok dan Don Muang (RM299).

Penumpang boleh menggunakan tambang istimewa termasuk sehala ini untuk perjalanan sehingga 30 November 2023 dan tempat duduk adalah tertakluk pada ketersediaan.

Advertisements

Pengarah Strategik Kumpulan Batik Air dan Lion, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, dengan cabaran yang sedang dihadapi oleh penumpang, matlamat kami adalah untuk membantu supaya mereka boleh sampai ke destinasi dengan mudah. ​​

“Kami berada di sini untuk menyokong penumpang yang terjejas pada masa ini,”katanya.

Terdahulu MyAirline menggantung operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara.

Kata syarikat itu, ia keputusan yang amat menyakitkan menyebabkan perlu untuk menggantung operasi sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan