31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Maguire ugut mahu tinggalkan United Januari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN pertahanan, Harry Maguire mengugut mahu meninggalkan Manchester United pada jendela perpindahan Januari ini jika berturusan diberikan peranan kecil di Old Trafford.

Maguire yang dilucutkan lilitan kapten musim ini hanya diberikan penampilan sulung di Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu ketika menentang Brentford.

Kemasukan pemain pertahanan berusia 30 tahun itu memberi impak selepas Maguire menghantar bola kepada Scott McTominay sebelum disudahkan pemain tengah Scotland tersebut untuk gol kemenangan United.

Namun, peluang itu hanya diberikan selepas enam pemain pertahanan United yang lain mengalami kecederaan.

Dan dengan Raphael Varane akan kembali cergas selepas aksi antarabangsa minggu ini, peluang Maguire semakin terhad sekali gus menutup peluangnya ke Euro 2024.

Advertisements

“Saya tidak akan duduk di sini (bangku simpanan) sepanjang hidup dan hanya bermain sekali sebulan.

“Jika ini berterusan, sudah pasti saya dan kelab akan duduk bersama berbincang mengenai perkara ini,” katanya menjelang pertemuan menentang Australia.

Maguire hampir menyertai West Ham musim panas lalu namun berkata beliau bersedia bermain untuk United jika pengurus, Erik Ten Hag sedia menurunkannya.

“Saya hanya perlu pastikan saya bersedia mengambil peluang yang terhidang. Rekod saya di bawah Ten Hag menceritakan segalanya.

“Peratusan kemenangan jika saya beraksi sangat tinggi. Jika anda lihat semula dalam 15 hingga 20 penampilan terakhir untuk kelab dan negara, saya gembira dengannya,” ujar Maguire. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan