27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

17,000 hadir Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Bukit Jalil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KIRA-KIRA 17,000 rakyat pelbagai kaum termasuk warga asing dari Arab Saudi, Iran, Iraq dan Turkiye membanjiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini.

Himpunan terbesar itu turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja pulang dari Kaherah, Mesir hari ini bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan para pemimpin kerajaan.

Para duta dan perwakilan asing di Malaysia seperti Arab Saudi, Turkiye, Oman, Kuwait, Iraq, Iran, UAE serta Palestin turut hadir menzahirkan sokongan kepada himpunan rakyat Malaysia pelbagai kaum yang memenuhi segenap ruang stadium itu.

Kira-kira 17,000 rakyat pelbagai kaum termasuk warga asing Arab Saudi, Turkiye, Iran, Iraq dan Turkiye hadir membanjiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin.

Penganjuran himpunan terbabit adalah bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin yang sedang diasak dengan kekejaman rejim Zionis Israel di Gaza.

Terdahulu, orang ramai mula membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil sejak 5 petang.

Advertisements

Ibarat ‘lautan putih’, perkarangan stadium itu dipenuhi peserta himpunan yang hadir berpakaian serba putih, bagi mempamerkan solidariti mereka kepada rakyat negara Timur Tengah itu yang kini dihimpit kesukaran akibat penindasan yang dilakukan rejim Israel.

Turut diwarnai dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera Palestin, selain digemakan dengan laungan “Bebaskan Palestin” dan “Israel Cuak”.

Laungan “Bebaskan Palestin” dan “Israel Cuak” bergema di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Program malam ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan di Palestin, sebelum disusuli dengan beberapa siri ucapan berkenaan sejarah dan perkembangan konflik yang melanda negara itu oleh pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak.

Ibarat ‘lautan putih’, perkarangan stadium itu dipenuhi peserta himpunan yang hadir.

Lebih 5,000 orang terkorban angkara kekejaman rejim pengganas Zionis itu setakat ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan