28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kerajaan jimat RM2.4 juta bubar Kementerian Wilayah Persekutuan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMBUBARAN Kementerian Wilayah Persekutuan memberi penjimatan kepada Kerajaan Persekutuan melalui pengurangan komitmen bayaran emolumen sebanyak RM2,358,912.61 setahun.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ketiadaan kementerian itu telah ditampung dengan pewujudan Jabatan Wilayah Persekutuan.

“Kerajaan tidak menghadapi sebarang masalah operasi kesan daripada perubahan status kementerian kepada jabatan.

“Ini memandangkan kerajaan telah meletakkan fungsi dan tanggungjawab menjaga kepentingan pembangunan dan kesejahteraan Wilayah Persekutuan di bawah Perdana Menteri.

Advertisements

“Ianya melalui Perintah Menteri-Menteri Persekutuan 2023 P.U(A) 27/2023 yang telah diwartakan pada 20 Januari lalu,” katanya menerusi jawapan lisan yang disiarkan melalui laman sesawang Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) berhubung jumlah kos dan perbelanjaan yang dijimatkan Kerajaan Persekutuan melalui pembubaran Kementerian Wilayah Persekutuan. 

Sementara itu, Azalina berkata, Jabatan Wilayah Persekutuan diletakkan sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)

“Pengurusan Wilayah Persekutuan khususnya daripada aspek perancangan, penyelarasan, pemantauan dan penetapan dasar, program dan aktiviti diteruskan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan