25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Polis tahan enam lelaki terlibat samun kilang elektronik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ENAM lelaki ditahan polis selepas dipercayai terbabit dengan kejadian samun berkumpulan di sebuah kilang elektronik di Jalan Lapangan Terbang di sini pada 14 September lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, menerusi Op Kargo Carsem, kesemua suspek yang berumur 27 hingga 47 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Ipoh, Pulau Pinang dan Selangor sejak dua hari lepas.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 9.15 malam itu sekumpulan lelaki telah memecah masuk ke kawasan kilang itu.

“Suspek kemudiannya telah mengikat pengawal keselamatan yang menjaga pintu kilang, sebelum melarikan sejumlah bahan logam mampat bernilai kira-kira RM180,000 dengan menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Hasil serbuan yang dijalankan, polis berjaya menemui semula semua besi mampat yang dilarikan itu di sebuah rumah di Bercham milik saudara salah seorang suspek termasuk kenderaan, pakaian dan telefon bimbit yang digunakan mereka,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, semakan rekod mendapati lima daripada enam suspek tersebut memiliki rekod jenayah lampau dan salah seorang suspek berusia 47 tahun didapati positif dadah jenis morfin.

“Polis turut mendapatkan perintah reman ke atas kesemua suspek selama lima hari bermula semalam untuk membantu siasatan lanjut,”katanya.- Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan