29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Che Ta buntu IG ‘digantung’, minta bantuan orang ramai

Mesti Baca

PELAKON dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau Che Ta bingung apabila akaun Instagram (IG) miliknya digantung pengendali laman sosial itu sejak 15 September lalu.

Che Ta berkata, dia sangat berharap dapat kembali IG yang mempunyai 5.2 juta pengikut itu.

Ibu kepada anak tiga itu turut merayu mana-mana individu yang mempunyai cara untuk mendapatkan semula akaun berkenaan menghubunginya dengan kadar segera.

“Tak mampu saya bayangkan jika akaun IG itu lesap begitu sahaja. Sehingga kini IG saya sudah mempunyai  5.2 juta pengikut.

“Dengan kerendahan hati, saya berharap akaun IG saya diperoleh semula. Jika ada pihak yang boleh bantu dapatkan semula akaun IG itu, saya amatlah hargai.

“Mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Che Ta berkata,akaun@rozitachewan1 itu digantung atas alasan melakukan aktiviti agresif selain tidak mengikuti garis panduan komuniti.

Katanya, sejak akaun IG digantung, dia sudah banyak kali membuat rayuan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun sehingga kini masih belum berhasil.

“Saya hampir buntu mengenangkan nasib dan ujian yang menimpa.

“Selama ini dengan IG itulah saya menjana pendapatan dan beroleh rezeki menjual produk keluaran sendiri. Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform yang sama.

“Apabila jadi begini, siapa yang tidak sedih. Buat sementara waktu ini, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok untuk melakukan promosi,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan