30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Muhammad Nazmi cipta sejarah pengadil Malaysia pertama guna VAR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MUHAMMAD Nazmi Nasaruddin mencipta sejarah apabila menjadi pengadil pertama dari negara ini menggunakan sistem video bantuan pengadil (VAR).

Sejarah tersebut dicatatkan ketika Muhammad Nazri bersama dua pembantunya Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd. Arif Shamil Abd. Rasid mengadili perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023/24, kelmarin.

Perlawanan tersebut berlangsung di Buriram, Thailand yang melibatkan perlawanan di antara Buriram United dan Zhejiang FC dari China.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menetapkan syarat yang mana semua pengadili yang dilantik untuk perlawanan tertinggi wajib memiliki lesen VAR.

“Muhammad Nazmi telah memiliki lesen pengadil VAR sebelum ini melalui program latihan di Arab Saudi. Beliau dan dua pembantunya itu akan terus dilantik untuk beberapa perlawanan AFC yang menggunakan VAR.

Advertisements

“Sebelum ini AFC juga telah memilih Muhammad Nazmi dan dua pembantunya itu untuk mengalas tugas pada Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari 2024,” katanya menerusi hantaran Facebook malam tadi.

FAM berkata, buat masa ini pihak sedang giat menjalankan latihan dan pendidikan VAR kepada seramai 40 orang pengadil dengan latihan akan tamat pada penghujung Disember ini.

Susulan itu katanya, FAM menjangkakan lebih ramai Pengadil AFC Elite dari Malaysia akan diberi peluang untuk mengadili perlawanan tertinggi AFC dan FIFA yang menggunakan VAR.

“FAM berharap pengadil elit dari Malaysia iaitu Razlan Joffri Ali, Tuan Mohd. Yaasin Tuan Mohd. Hanafiah dan Suhaizi Shukri akan diberi peluang untuk mengadil perlawanan tertinggi AFC.

“Perkembangan ini jelas menggambarkan inisiatif Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berhasrat meletakkan FAM dan pengadil Malaysia di peringkat tertinggi di Asia dan dunia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan