28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Lakukan onani atas motosikal, lelaki dicekup polis

Mesti Baca

SEORANG penunggang motosikal berusia 21 tahun yang tular videonya kerana melakukan onani di tempat awam di Kluang, Johor, pada 17 September lalu, sudah dicekup polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, penduduk tempatan itu ditangkap di Taman Intan, kira-kira 1.30 tengahari, kelmarin.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencingnya didapati negatif.

Advertisements

“Polis melakukan Ops Cantas iaitu menangkap suspek yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu di tempat awam selepas mengesan satu video tular di laman sesawang https://fb.watch/na8eq dmnw/ yang berdurasi 34 saat di mana kejadian pada jam lebih kurang 1 pagi.

“Suspek melakukan perbuatan onani di sekitar Taman Delima di sini. Kes kini disiasat dibawah Seksyen 377 D Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bahrin berkata, sabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga dua tahun. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan