26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Malaysia-Thailand bincang isu sempadan, Selatan Thailand

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin dan delegasi di New York, Amerika Syarikat (AS), pada Khamis.

Anwar menerusi catatan Facebook berkata, perbincangan bilateral tersebut mengangkat bentuk kerjasama baharu kedua-dua negara serta mengenai beberapa isu di sempadan khususnya di selatan Thailand.

“Pertemuan ini memberi peluang kepada kami untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada sambil meneroka pelbagai bentuk kerjasama baharu bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Thailand.

“Kami juga berpeluang membincangkan pelbagai isu lain melibatkan sempadan negara, proses perdamaian di Selatan Thai dan isu serantau yang mempunyai kepentingan bersama,” katanya hari ini.

Anwar dan delegasi berada di New Yok bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78.

Perdana Menteri menghadiri sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR) di New York, Amerika Syarikat. – Edisi9/Anwar Ibrahim

Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan, yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa dan dasar luar negara.

“Dalam sesi ini saya mendengar dan berkongsi dasar serta polisi negara terkait hubungan antarabangsa, pentas global dan geopolitik bersama badan pemikir ini.

“Saya hargai jemputan mereka dan berharap diskusi seperti akan dapat diteruskan pada masa mendatang,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan