27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

Krisis beras tempatan di Melaka dijangka selesai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KRISIS beras tempatan yang berlaku termasuk di negeri Melaka dijangka dapat diselesaikan hasil kawal selia agensi terlibat.

Perkara itu juga menjadi komitmen Exco Kemajuan Desa,Pertanian & keterjaminan makanan negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam atasi krisis tersebut.

Katanya, sejak dari 16 Sept lalu pemborong beras tempatan negeri Melaka telah mendapat kelulusan untuk membeli 500 metrik tan beras putih tempatan

“Setakat hari ini, jumlah beras yang masuk ke Melaka adalah sebanyak 120 metrik tan. Berbaki lagi 380 metrik tan beras putih tempatan sehingga hujung bulan ini.

“Kesemua 120 metrik tan beras ini akan dipaketkan dan akan diedarkan ke seluruh kedai di dalam negeri Melaka selewatnya pada hari Rabu,”katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Berikutan itu, beliau telah meminta kawal selia beras untuk memantau secara teliti kesemua proses masuk dan keluar beras ini dari pemborong sehingga ke kedai-kadai.

“Dan pada masa yang sama, saya telah minta pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menjalankan program Agro MADANI Khas untuk menjual beras putih tempatan di seluruh negeri Melaka.

“Insya-Allah dalam tempoh terdekat ini saya akan kongsikan tarikh dan tempat program Agro MADANI ini dijalankan,”katanya.

Ujar beliau, kita kejar satu-satu sehingga selesai Insya-Allah. – Edisi 9

Terkini

Aisha Retno luah rasa melalui Ternoktah

PENYANYI dan pengubah lagu Aishah Retno kembali memukau peminat dengan karya terbaharunya yang sarat dengan emosi dan makna mendalam. Selepas beberapa lagu yang...

Lagi Artikel Berkaitan