32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

MCMC bincang dengan Meta, Google kawal selia kandungan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan satu perbincangan kawal selia dengan platform dalam talian terkemuka iaitu Meta dan Google bagi menangani cabaran media dalam talian.

MCM menerusi kenyataan berkata, perbincangan tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

“Perbincangan itu diadakan sebagai langkah penting ke arah kawal selia platform digital bagi menangani landskap media dalam talian yang mencabar.

“Sementara itu, TikTok juga telah dijadualkan untuk bertemu dengan MCMC melibatkan perkara sama,”katanya.

MCMC berkata, cabaran yang dihadapi termasuk penyebaran kandungan memudaratkan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak, perjudian dalam talian, kandungan yang menyentuh Race, Religion and Royalty (3R), penipuan dan pancingan data, penjualan serta promosi bahan terlarang seperti dadah, penyamaran, serta penyebaran maklumat dan berita palsu.

“Malaysia juga mempertimbangkan untuk mengguna pakai rangka kerja kawal selia
yang serupa sebagaimana yang dilaksanakan di Australia dan Kanada.

“KKD dan MCMC juga telah berbincang dengan platform dalam talian utama seperti Meta dan Google bagi mewujudkan rangka kerja pelesenan dan kawal selia.

“Susulan kelulusan Mandatory News Media Bargaining Code yang pertama di dunia, Google dan Meta telah membuat perjanjian pampasan sukarela dengan saluran-saluran berita, sebagai contoh berhubung kepentingan pampasan yang
adil.

Advertisements

“Begitu juga dengan Rang Undang-Undang C-11 Kanada yang bertujuan mengawal selia platform penstriman dan yang menggalakkan sokongan terhadap kandungan berkaitan Kanada.

“Mencontohi kedua-dua negara iaitu Australia dan Kanada, penglibatan KKD dan MCMC dengan platform dalam talian menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi dalam menangani cabaran pasaran digital,”kata kenyataan itu.

Menurut MCMC, antara cabaran yang dihadapi adalah ketidakseimbangan dalam Perbelanjaan Pengiklanan (ADEX) antara platform digital dan media tempatan bagi memastikan pampasan yang adil untuk pencipta kandungan berita.

“Selain itu, usaha ini melangkaui pembayaran kepada pencipta berita semata-mata, kerana ia juga merupakan titik permulaan bagi revolusi teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Katanya, KKD dan MCMC mengakui kepentingan teknologi ini dan menyasarkan dapat melaksanakan peraturan serta amalan yang adil dan bijak.

“Ini termasuk perancangan untuk menggalakkan persaingan yang adil, mengukuhkan hak harta intelek, melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan dalam talian
serta menjaga privasi pengguna.

“Ketika Malaysia melakar perjalanannya dalam era digital, KKD dan MCMC komited untuk memupuk persekitaran di mana platform digital beroperasi secara adil dan bertanggungjawab demi kepentingan awam,”menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan