25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tourism Malaysia taja jersi Raja Bukit LTdL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TOURISM Malaysia tampil sebagai penaja jersi bagi kategori Raja Bukit bagi kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar berkata, kehadiran Tourism Malaysia yang mengangkat jenama ‘Malaysia Truly Asia’ bakal memeriahkan lagi perlumbaan berstatus ProSeries tersebut sekali gus mempromosikan segmen pelancongan sukan negara.

Katanya, untuk edisi kali ini Tourism Malaysia menyumbang tajaan sebanyak RM1 juta bagi menjayakan penganjuran.

“Tourism Malaysia amat berbesar hati atas penghormatan yang diberikan pihak penganjur kepada kami untuk menyarungkan jersi Raja Bukit di setiap lapan peringkat perlumbaan kepada pemenang.

“Keputusan penajaan ini berdasarkan kepada keseluruhan pakej pulangan yang cukup lengkap, khas untuk mempromosikan jenama ‘Malaysia Truly Asia’ ke seluruh dunia bagi menonjolkan keunikan kepelbagaian bangsa dan budaya sekali gus mempamerkan imej Malaysia sebagai salah sebuah destinasi pelancongan pilihan di rantau ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

LTdL 2023 bakal memulakan saingan di Kerteh, Terengganu pada 23 September ini dan bakal melalui lapan peringkat melewati 11 negeri di Semenanjung dan akan berakhir di perkarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada 30 September.

Selain tajaan tunai, Tourism Malaysia turut membawakan persembahan kebudayaan tradisional di setiap lokasi pelepasan selain kemunculan pempengaruh media sosial di beberapa lokasi perlumbaan.

Sebanyak 22 pasukan terdiri daripada dua pasukan berstatus WorldTeam, lapan pasukan ProTeam, 11 pasukan Continental dan pasukan kebangsaan Malaysia, akan bertanding dalam perlumbaan kali ini.

Gelaran Raja Bukit sememangnya menjadi menjadi tumpuan dalam banyak perlumbaan besar seperti Tour de France, Giro d’Italia dan Vuelta a Espana.

Cabaran terbesar menanti Raja Bukit di Peringkat 5 LTdL di Genting Highlands yang turut diiktiraf sebagai antara pendakian sukar dalam perlumbaan berbasikal dunia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan