27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Dua individu rentung dalam kemalangan disahkan suami isteri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan dua individu yang rentung dalam kemalangan di Jalan Kuala Garing, Rawang, pagi tadi disahkan sebagai pasangan suami isteri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kedua-dua mangsa yang merupakan warga tempatan itu masing-masing berumur 26 dan 23 tahun.

Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada 4.30 pagi tadi.

“Hasil siasatan mendapati sebelum kemalangan berlaku kereta jenis Honda City dinaiki pasangan itu dalam perjalanan dari arah Bandar Country Homes menghala ke Rawang bagaimanapun setiba di lokasi kejadian kereta itu telah hilang kawalan.

Advertisements

“Kereta itu kemudiannya memasuki arah bertentangan lalu merempuh sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, pasangan itu gagal diselamatkan daripada kebakaran itu, manakala pemandu lori terlibat berjaya menyelamatkan dirinya dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasangan itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan